Tuesday 23 February 2016

Kesultanan Melayu Melaka - Sultan Yang Terhebat


Kesultanan Melayu Melaka adalah puncak ketamadunan dan peradaban Melayu selepas kedatangan Islam. Sesungguhnya bangsa Melayu mempunyai dua puncak kegemilangannya, satu ialah zaman kegemilangan yang bermula ketika era Srivijaya, lalu ketika kejatuhan Srivijaya, ianya diteruskan oleh Singapura Purba sebelum dibantai oleh Majapahit. Lalu, dari puing-puing kejatuhan Singapura Purba dan juga Srivijaya, bangsa Melayu bangkit membina kembali Melaka. Kegemilangan yang dicapai oleh Srivijaya kelihatan seperti tidak dapat dijelmakan kembali oleh Singapura Purba. Namun, kewujudan Melaka seolah-olah mengembalikan semula bayangan Srivijaya.

Sahabat-sahabatku sekalian… kalau anda sudi bersama saya dalam perjalanan mengembalikan nostalgia kita kepada Melaka, maka sambutlah tangan saya, saya akan bawa kalian menyelami era yang menjadi asas kepada imej Melayu kita hari ini. Dari bahasanya… dari agamanya… dari budayanya… semuanya dimulakan oleh Melaka. Meski secara peribadi, saya berpendapat bahawa Srivijaya ialah kemuncak peradaban segala tamadun Melayu, tetapi Srivijaya agak jauh daripada jiwa Melayu moden hari ini. Bahasa Melayu Kuno zaman Srivijaya sudah berevolusi menjadi Bahasa Melayu Klasik ketika berada di bawah Melaka. Agama Buddha yang menjadi pegangan Melayu Srivijaya sudah lama ditinggalkan oleh orang Melayu ketika kedatangan Islam, budayanya pula sudah tentu berbeza antara zaman Srivijaya dan Melaka.

Maka… kenyatannya, Melaka itu lebih dekat dengan jiwa orang Melayu hari ini. Dan izinkan saya berpesta aksara, menukilkan kisah-kisah agung tentang tokoh agung bangsa Melayu ketika era Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi sebelum itu, saya lebih suka guna tarikh Kesultanan Melayu Melaka yang lama, kerana saya tidak mempunyai akses ke Sulalatus Salatin Raja Bongsu, dalam meletakkan nama sultan-sultan Melaka serta tarikh pemerintahannya.

Srivijaya - Raja Keturunan Melayu Terhebat


Empayar Srivijaya,satu nama yang sangat masyhur dalam sejarah Asia Tenggara dan tamadun Melayu.Kewujudan empayar ini membuktikan bahawa memang bangsa Melayu sudah lama membina ketamadunan yang menakjubkan sebelum Melaka lagi,bahkan keagungan Melaka juga masih tidak mampu menandinginya. Namun,di sebalik kecemerlangan dan kehebatan pucak ketamadunan yang dicapai oleh Srivijaya,terdapat tokoh-tokoh pemerintahnya yang agung dan mereka inilah yang berjaya mengangkat keagungan dan prestij Srivijaya itu sehingga menjadi salah satu kuasa maritim yang teragung di dunia. Kami memperkenalkan kepada anda raja-raja Melayu zaman dahulu yang merupakan “men behind the glorious age of Srivijaya”.


1. Dapunta Hyang Sri Jayanasa

Baginda dikirakan sebagai pengasas empayar Srivijaya dan dikirakan berkuasa sekitar tahun 671 hingga 702 Masihi.Gelaran “Dapunta” yang terdapat dalam nama baginda menunjukkan gelaran pemerintah asli Melayu Kuno dahulu.Terdapat seorang lagi tokoh Melayu yang menggunakan nama “Dapunta” iatu Dapunta Sailendra yang dianggap sebagai pengasas Dinasti Sailendra,salah satu dinasti Melayu purba yang menguasai Pulau Jawa satu ketika dulu dan akhirnya menguasai Srivijaya. Dapunta Hyang Sri Jayanasa dikatakan melakukan perjalanan Siddhayarta iatu sebuah perjalanan yang berbentuk kerohanian sambil menakluk kerajaan-kerajaan di sekitarnya masuk ke dalam persekutuan Srivijaya itu.Kejayaanya meluaskan kuasa Srivijaya itu diukir dalam sebuah prasasti bersejarah yang dikenali sebagai Prasasti Kedukan Bukit.

Prasasti Kedukan Bukit yang bertarikh tahun 605 Saka (bersamaan dengan tahun 683 Masihi) adalah antara inskripsi bahasa Melayu yang tertua pernah ditemui.Prasasti itu menceritakan mengenai perjalanan Dapunta Hyang dari sebuah tempat bernama Minanga Tamvan (identiti sebenar tempat ini masih menjadi misteri) menuju ke Matajap. Perjalanan Dapunta Hyang ini turut diiringi oleh 200 orang pawang dan lebih kurang 20000 tentera untuk menakluk pelabuhan-pelabuhan di serata Kepulauan Melayu pada masa itu,untuk dimasukkan ke dalam penguasaan “the maritime federation of Srivijaya”. 


Kewujudan tokoh ini juga dapat dilihat dalam Prasasti Talang Tuwo yang ditemui di Bukit Seguntang,Palembang.Prasasti ini bertarikh tahun 606 Saka (bersamaan tahun 684 Masihi) pula menceritakan mengenai seorang raja bernama Sri Jayanasa yang membuat sebuah taman pokok buah-buahan dan bunga yang indah bernama Sri Ksetra. Bolehlah dikatakan Raja Sri Jayanasa ini ialah seorang raja yang sangat prihatin dengan alam sekitar. 

Seorang ahli sejarahwan Indonesia bernama Slamet Muljana (disebut Slamet Mulyono) berpendapat bahawa Dapunta Hyang yang disebut dalam Prasati Kedukan Bukit,adalah orang yang sama dengan Sri Jayanasa yang disebut dalam Prasasti Talang Tuwo kerana jarak tahun antara kedua-dua prasasti ini hanya setahun sahaja.Kedudukan pusat pentadbiran Srivijaya pada masa Dapunta Hyang sehingga sekarang masih misteri dan menjadi perdebatan di kalangan ahli sejarahwan.

Pendapat yang diterima ramai ahli sejarahwan mengenai lokasi ibu kota Srivijaya ialah pendapat George Coedes sendiri yang mengatakan di Palembang.Namun ada pendapat lain seperti Dr.Soekmono yang mengatakan Minanga Tamvan itu ialah di Muaro Takus di Kampar,Sumatera manakala ada juga berpendapat bahawa ianya terletak di utara Semenanjung,samada di wilayah Chih-Tu atau di Chaiya. Srivijaya meninggalkan empat buah prasasti sekitar zaman pemerintahan Dapunta Hyang Sri Jayanasa iatu pada sekitar akhir abad ke 7 Masihi,iatu Prasasti Kedukan Bukit (683 M),Prasasti Talang Tuwo (684 M) dan Prasasti Kota Kapur (686 M)

2. Maharaja Sri Indravarman

Baginda diperkirakan merupakan pemerintah kedua empayar Srivijaya,yang memerintah antara tahun 702 hingga tahun 728 Masihi. Baginda diperkirakan antara tokoh Melayu yang bertanggungjawab membawa penyebaran Islam dari Tanah Arab yang pertama ke Kepulauan Melayu.Ketika pedagang Arab yang berkunjung ke pelabuhan-pelabuhan milik persekutuan Srivijaya kebanyakannya sudahpun beragama Islam pada masa itu,Maharaja Sri Indravarman ini tertarik dan amat berminat untuk mendengar dan memahami mengenai agama Islam tersebut,yang tidak menyekutukan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah yang terakhir. 

S.Q Fatimi,seorang sejarahwan Malaysia telah menyalin dua buah surat lama yang ditulis oleh Maharaja Srivijaya (kemungkinan besar ialah Sri Indravarman) untuk Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan r.a dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz,yag kedua-duanya merupakan Khalifah kepada Empayar Islam Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik ketika itu. 

Surat pertama kepada khalifah Muawiyah bin Abu Sufian r.a; 

Dari Raja Al-Hind yang kebun binatangnya berisikan ribuan gajah,(dan) yang istananya terbuat dari emas dan perak,yang dilayani ribuan puteri raja-raja,dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu kepada Muawiyah….

Surat kedua pula kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a;

“Dari Raja kepada Raja (Malik al Amlak)yang berketurunan dari seribu raja,yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah,dan kawasan taklukannya adalah 2 sungai,yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala,dan kapur wangi,yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya. Kepada raja Arab,yang tidak menyekutukan tuhan yang lain selain dari Tuhan yang satu (Allah). Beta telah menghantar hadiah,yang tidak seberapa ini sebagai tanda persahabatan,dan beta berharap agar anda sudilah menghantarkan seseorang,yang dapat mengajarkan ajaran Islam,serta menunjukkan undang-undangnya.”

(Catatan Ibnu Rabbih 860-940 Masihi)

Ada yang mengatakan bahawa maharaja ini akhirnya memeluk Islam menjadikannnya sebagai mungkin antara orang Melayu yang pertama memeluk agama Islam namun diserang dan dijatuhkan oleh pihak yang kurang senang dengan keIslamannya. Namun berdasarkan surat-surat ini,memberi bukti bahawa raja-raja Melayu dahulu sememangnya mungkin sudah lama tahu tentang sebuah agama kebenaran yang bakal muncul dari Timur Tengah,walaupun majoriti orang Melayu pada masa itu ada yang menganut agama Hindu,Buddha atau animisma (kepercayaan tempatan). 

Begitu jauh perjalanan nenek moyang kita mencari Tuhan dan kebenaran hingga sanggup mengutus surat ke tanah yang jauh untuk mengetahui mengenai agama baru itu.Selepas penyebaran Islam semakin rancak di Alam Melayu,bangsa Melayu memeluk agama baru ini secara beramai-ramai dan sukarela,mengikut jejak lagkah pemerintah mereka yang tertarik dengan kesyumulan dan kehebatan agama suci ini. Bermula dari perutusan surat Maharaja Melayu kepada Khalifah Islam inilah,bermulanya juga bibit-bibit pengIslaman nenek moyang kita semua sehinggalah bangsa Melayu itu akhirnya menjadi sangat sinonim dan tak dapat dipisahkan dengan Islam sehingga ke hari ini. 

3. Maharaja Dharanindra

Baginda merupakan maharaja Srivijaya yang diperkirakan memerintah dari tahun 775 hingga tahun 800 Masihi.Pada masa pemerintahannya,Srivijaya muncul sebagai kuasa thalosokrasi yang unggul dan berjaya menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Asia Tenggara ketika itu antaranya Tarumanegara, dan Sunda di Pulau Jawa,Po-Ni di Borneo beserta Kedah Tua dan Chaiya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada zaman tersebut, terdapat dua buah kerajaan besar yang sedang meningkat naik dan berkembang maju di Asia Tenggara iatu Srivijaya yang menguasai kepulauan dan tanah semenanjung di selatan, manakala kerajaan Chenla (yang disahkan sebagai kerajaan Khmer yang pertama) pula menguasai tanah besar Indo China ketika itu. Tentu ada di antara kalian yang pernah mengetahui insiden “Kepala Maharaja Zabag” yang diceritakan oleh pengembara dan saudagar Arab antaranya Sulayman al-Tajir dan Abu Zayd Hassan sekitar abad ke 9 Masihi? Kalau ada yang tidak tahu atau lupa,saya ceritakan semula….. Begini ceritanya ;
 
Ada seorang raja Kemboja yang muda dan panas baran.Pada suatu hari,raja tersebut duduk di singgahsananya bersama dengan para pembesarnya.Mereka berbincang tentang keagungan Maharaja Zabag yang menguasai banyak pulau dan kekayaan di selatan.Raja Kemboja itu dengan sombongnya berkata kepada para pembesarnya; “Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Zabag itu di dalam dulang ini.”
 
Para pembesarnya yang mengetahui bahawa raja mereka sudah lama menyimpan rasa cemburu kepada kekayaan Maharaja Zabag itu,gelisah dan susah hati mendengar keceluparan mulut raja mereka itu.Mereka berkali-kali menasihati raja itu supaya berfikir kembali dengan apa yang dikatakan olehnya,dengan mengatakan kita tidak bermusuh pun dengan Zabag dan mereka pun tidak pernah cari pasal dengan kita.Namun raja itu tetap keras hati dan enggan menarik balik perkataanya itu. Dipendekkan cerita,berita keceluparan raja Kemboja tersebut akhirnya sampai juga ke telinga Maharaja Zabag.Maharaja tersebut murka atas kebiadapan raja Kemboja tersebut dan mengarahkan 1000 kapal sederhana besar menuju ke Kemboja.
 
Maharaja tersebut membuat tipu helah dengan mengatakan bahawa baginda hendak melawat pulau-pulau kekuasaanya.Tipu helah ini berjaya dan tanpa disedari oleh kerajaan Kemboja,rupa-rupanya kesemua 1000 kapal ini akhirnya sudah berjaya mengepung perairan Kemboja. Raja Kemboja tersebut terkejut besar apabila mengetahui bahawa ibu kotanya kini sudahpun dikepung oleh tentera Maharaja Zabag.Rakyat Kemboja lari bertempiaran manakala rajanya pula akhirnya berjaya ditangkap. Raja Kemboja yang sombong itu menggeletar lututnya ketika berdepan dengan Maharaja Zabag. Tanpa belas kasihan, kepala raja itu akhirnya dipancung oleh Maharaja tersebut,sebagai balasan atas keceluparan raja itu sendiri.

Maharaja Zabag kemudiannya memberi jaminan tidak akan mengapa-apakan rakyat Kemboja kerana tujuan baginda hanya untuk menuntut bela dan membersihkan maruah baginda sahaja. Para ahli sejarahwan bersepakat bahawa Maharaja Zabag yang diceritakan dalam catatan pengembara Arab itu ialah merujuk kepada Maharaja Dharanindra inilah.Manakala raja Kemboja itu pula merujuk kepada Raja Mahipativarman,yang merupakan pemerintah terakhir kerajaan Chenla. Catatan sejarah membuktikan peristiwa itu kerana pada tahun 788 Masihi,Srivijaya melancarkan serangan ke atas kerajaan Chenla dan membunuh rajanya.Dalam tempoh itu,wilayah Kemboja berada di bawah penguasaan Srivijaya sehinggalah tahun 802 Masihi,apabila Jayavarman II mengisytiharkan kemerdekaan Kemboja dari penguasaan Srivijaya dan menubuhkan kerajaan Angkor.

Selain itu,Srivijaya juga turut melancarkan penjarahan ke atas Champa pada tahun berikutnya namun berjaya dipatahkan oleh tentera Champa dalam satu pertempuran laut.
Perkara yang dilakukan oleh Maharaja Dharanindra ini sememangnya tampak sinonim dengan sifat kebiasaan orang Melayu yang sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mempertahankan maruahnya apabila dihina dan diperlekehkan. Sepanjang pemerintahannya, Maharaja Dharanindra juga meneruskan tradisi maharaja-maharaja sebelumnya membina binaan candi yang indah-indah.Antara projek mega yang dibina oleh Srivijaya pada ketika itu ialah Candi Borobudur,Candi Pawon dan Candi Mendut yang kesemuanya terletak di Jawa Tengah dan lokasi ketiga-tiga candi ini berada dalam satu garis yang lurus.



Dipercayai bahawa pembinaan Candi Borubudur,monumen Buddha yang terbesar di dunia dimulakan oleh Maharaja Dharanindra inilah dan pembinaan mengambil masa sehingga 75~100 tahun dan siap pada masa pemerintahan penggantinya,Samaratungga (792~835).
Tiga ratus tahun sebelum Suryavarman II,raja Khmer memulakan pembinaan Angkor Wat dan empat ratus tahun sebelum katedral-katedral besar berunsur seni bina Gothic didirikan di Eropah,raja-raja Melayu sudah lama menunjukkan prestij dan keagungan mereka dengan membina Borobudur.

Monumen Borobudur ini menunjukkan puncak kepandaian dan kehebatan teknik seni bina dan kejuruteraan purba Melayu pada zaman dahulu,di mana pembinaan monumen ini tidak memerlukan simen atau bahan perekat sama sekali,melainkan menggunakan sistem tanggam (interlock),sepertimana permainan LEGO.Kepakaran kejuruteraan tanggam memang kepakaran asli Melayu,di mana selepas zaman Islam pun,banyak rumah dan istana kayu yang dibina oleh orang Melayu tidak menggunakan sebarang paku,malah menggunakan tanggam kayulah juga.

Tuesday 16 February 2016

Freemason (Part 3) - Apa Itu Freemason?

Untuk memahami permasalahan sebenar dunia hari ini sejak zaman Rasulullah SAW wafat adalah dengan meneliti satu pertubuhan rahsia Yahudi yang amat berpengaruh iaitu Freemason. Jika dikaji maklumat-maklumat berkaitan Freemason dan upacara-upacara mistiknya, kita akan faham bagaimana orang-orang yahudi di dunia ini bekerja dan menjatuhkan umat Islam. Perencanaan menjatuhkan umat Islam dilakukan secara amat terancang dan memakan masa yang sangat lama,lebih seribu tahun. Yahudi amat komited dalam hal ini kerana pendeta-pendeta mereka sudah dapat meramal akan kebangkitan Islam di akhir zaman kelak.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sekitar 5 juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu DAJJAL (Supreme Being).

Pakaian ahli Freemason sewaktu perjumpaan atau ritual
Di dalam memahami pergerakan kumpulan freemason ini, beberapa istilah berkaitannya perlu diketahui. Istilah-istilah ini adalah sebagaimana istilah-istilah yang terkandung di dalam kitab freemason.
  • Freemason - nama pertubuhan
  • Mason - Anggota freemason
  • Grand Master - Mahaguru
  • Lodge - Loji, tempat khas ahli untuk berjumpa dan berbincang
  • Grand Lodge - Ibu pejabat utama
  • Freemason Hall - Dewan di Lodge atau Grand Lodge untuk tujuan perjumpaan dan ritual
  • Degree - Darjah kebesaran, pangkat dan status ahli
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene. Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...