Sunday 18 May 2014

Ratu Isabella - Pemusnah Kerajaan Uthmaniah


Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451  di bandar Murcia,  wilayah Madrigal di bawah pemerintahan  kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu  Castile yang terbesar, Aragon di bahagian sebelah utara Sepanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.

Siapa sangka Isabella semasa kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita  akibat kekejaman abang tirinya Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol. Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut. 


Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan. Ternyata Ratu Isabella seorang  wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya  Raja Enrique atau King Henry IV memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya,  Isabella memilih  Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya. Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta. 

Asal Usul Meriam Secupak Lada (Acheh)


Pada suatu ketika dahulu, Sultan Alauddin menghantar utusannya untuk menghadap Sultan Sulaiman di Istanbul. 

Di istana,

‘ Patik utusan Sultan Alauddin, datang ingin menghadap Duli Yang Mulia, Khalifah Sultan Sulaiman. Tujuan patik datang ke mari adalah untuk meminta pertolongan daripada kerajaan Tuanku berikutan ancaman Portugis di negara patik, Acheh. Dan bersama-sama patik, ada patik bawakan hadiah berupa lada (sangat berharga satu ketika dahulu) sebagai persembahan kepada tuanku.’

‘ Maafkan patik wahai utusan yang mulia. Yang Mulia Khalifah Sultan Sulaiman tiada ketika ini. Baginda sedang sibuk memimpin tentera-tentera Islam yang berjihad di Hungary sana.’

Kelihatan utusan tersebut tersangat kecewa kerana tiada peluang untuk bertemu dengan Khalifah. Masa berganti masa, hari berganti hari. Semakin lama menetap di Istanbul, semakin habis bekalan perbelanjaan mereka. Sehingga kedengaran pula, Khalifah Sultan Sulaiman mangkat, dan kemudian perlantikan khalifah yang baru dibuat. Ketika utusan Sultan Alauddin tersebut berniaga di pasar, dia didatangi oleh seorang lelaki,
 
‘ Laris sungguh jualan tuan hamba.’

‘ Terima kasih wahai orang yang mulia. Adakah tuan hamba berminat untuk membeli lada ini, namun hanya secupak yang tinggal  ‘

‘  Boleh juga. Berapakah harganya secupak ? ‘

‘ Sebelum patik memberitahu harganya, bolehkah tuan hamba perkenalkan diri ? ‘

‘ Sudah tentu. Beta Khalifah……..’

‘ Maafkan patik wahai khalifah yang mulia. Sebenarnya patik sudah lama menyimpan niat untuk berjumpa dengan tuanku. Lada yang patik bawa dari Acheh ini sebenarnya hadiah untuk tuanku dari kerajaan patik. Patik diutuskan oleh Sultan Alauddin untuk meminta pertolongan tuanku kerana ancaman Portugis di nusantara.’

‘ Beta terima hadiah ini wahai utusan yang mulia. Maafkan beta kerana tidak dapat berada ketika ada orang yang memerlukan bantuan beta.’

‘ Khalifah yang mulia, maafkan patik juga kerana hadiah sembahan dari negara patik hanya tinggal secupak. Terharu benar patik kerana tuanku masih sudi menerimanya.’

‘ Beta juga hamba Allah yang biasa walau utusan yang mulia. Beta akan perintahkan  tentera-tentera beta beserta meriam Turki, dan tukang yang mahir membuat senjata api dan meriam untuk mengikut tuan hamba pulang ke Nusantara. Adakah bantuan itu mencukupi ? ‘

‘ Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Melebihi dari cukup tuanku. Akan patik namakan meriam ini Meriam Lada Sicupak kerana tuanku telah memberi bantuan yang sangat banyak meskipun pertukarannya hanyalah secupak lada. Hanya Allah yang berhak membalas jasa tuanku, wahai khalifah yang mulia.’

‘ Beta tetap rasa bersalah. Kerana bantuan beta yang lewat ini. Moga Allah memberkati usaha kamu wahai utusan yang mulia.’

Hang Tuah Pahlawan Melaka


Generasi sekarang sudah ada yang tidak tahu kisah Hang Tuah atau mungkin kenal akan namanya saja tetapi tidak tahu sejarah hidupnya. Tidak mustahil nama pahlawan Melayu itu akan hilang dan pupus dari lipatan sejarah jika usaha menafikan kewujudannya itu berjaya. Akibatnya generasi Melayu akan datang tidak mempunyai pahlawan yang dibanggakan.

Setelah Melaka ditakluk Portugis maka segala khazanah melayu termasuk kitab-kitab agama dan sejarah telah dirampas lalu di bawa balik ke negara mereka. Ada pula yang mengatakan kapal yang membawa khazanah itu telah karam di selat Melaka (Flor De La Mar).





Kerana itu antara sumber rujukan kita yang masih ada ialah Sulalatus al Salatin iaitu Pertuturan Segala Raja-raja (Sejarah Melayu) ditulis oleh Tun Seri Lanang. Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau dan buku Sejarah Melayu naskah Raffles No. 19 atau naskhah Shellabear (naskah Munshi Abdullah).

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...