Wednesday 5 October 2011

Tips Elak Kecurian / Pecah Rumah


Pecah Rumah !!! perkara yang boleh menyebabkan kita naik darah atau menangis tak berlagu. Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur diwaktu malam?  Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Evolusi Sistem Operasi (Mobile Phone)


Sistem Operasi Mobile (mobile operating system) atau Mobile OS merupakan sistem operasi yang mengawal perkakasan bimbit atau telefon pintar. Kebanyakan sistem operasi ini dibangunkan berasaskan perisian Linux kecuali sistem operasi iOS yang dibangunkan oleh Apple Inc. yang berasaskan BSD dan NeXTSTEP yang berhubungkait dengan perisian Unix. Antara contoh sistem operasi mobile yang dibangunkan ialah Android oleh Google, webOS oleh HP, Blackberry OS oleh RIM dan yang cukup terkenal sebelum ini ialah sistem operasi symbian yang dibangunkan oleh Symbian Foundation.

Sejarah ANDROID


ANDROID,nama yang tidak asing bagi kita ketika ini terutama bagi pengguna smartphone dan PC tablet. Namun,tahukah anda akan asal usul nama yang menjadi perhatian dunia ini? Si hijau ini datang dari perkataan Yunani, 'Andr' yang membawa maksud lelaki. Android Inc. sebuah perniagaan kecil berasaskan IT pada awalnya ditubuhkan di Palo Alto,California oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White. Android Inc. berperanan untuk membangunkan sistem untuk kegunaan peranti mobil yang akhirnya menarik minat pihak Google. Pada bulan ogos 2005, Android Inc. telah dikuasai oleh gergasi Google yang dikatakan bernilai lebih USD 50 juta pada ketika itu. Maka bermulalah perjalanan sebuah sistem yang bakal menggegarkan dunia. Android mula dijana menggunakan sistem operasi Linux untuk dipadankan dalam peranti telefon bimbit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...