Wednesday 29 June 2011

Kisah Israk & Mikraj

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
 Surah Al-Israa' Ayat 1


Monday 27 June 2011

Transformers: Dark of the Moon


Tajuk dia saja dah nampak menarik untuk ditonton. Filem sekuel Transformers arahan Michael Bay dan diterbitkan oleh Steven Spielberg ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Jun ini. Shia LaBeouf yang menjadi aktor utama sebelum ini dikekalkan manakala aktress wanita yang sebelum Megan Fox telah digugurkan dan diganti oleh model Inggeris, Rosie Huntington-Whiteley. Aktor Peter Cullen sekali lagi diberi peranan untuk menyumbangkan suara bagi Optimus Prime manakala Hugo Weaving sebagai Megatron.


Ada Ke Bir Halal?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha  berkata, JAKIM juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.


Sunday 26 June 2011

Video Akhir Maharaja Lawak


Keputusan undian akhir Maharaja Lawak :
Sepah - 37%
Jozan - 30%
Nabil - 20%
Jambu - 13%

Itulah video pengumuman kemenangan Sepah sebagai juara Maharaja Lawak pertama. KK terharu bila melihat. Pelbagai spekulasi dari peminat mengenai kemenangan Sepah sampaikan ada yang mendakwa pihak Astro sengaja memberi kemenangan buat Sepah. Pertandingan melibatkan hadiah wang yang besar,mesti ada pihak yang audit keputusan. Kemon la kemon,terima kenyataan ni. Cuba perhatikan video akhir ni,Alhamdulillah,Sepah masih ingatkan Allah bila diorang sujud syukur.

Berikut ialah beberapa video yang sempat dirakam sebelum pihak Astro menuntut hakcipta...layanzzz


Nabil dengan rakan spiderman dia. Tanhniah buat Nabil kerana berjaya memberanikan diri secara individu untuk berlawak.  Nabil mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang RM 150k tanpa perlu dikongsi.


Jambu kurang menyengat malam ini dan mungkin kekurangan idea. Namun gandingan mantap Yus (juara Raja Lawak pertama) dan Taukeh (tempat ke 4 Raja Lawak pertama) tetap memberi saingan sengit dengan identiti 'Jambu' mereka berpakaian warna merah jambu.


Bila mendengar perjalanan hidup 3 anak muda dari Johor ini untuk menempah nama dalam industri hiburan, terharu plak rasanya. Mereka pernah bergelar juara bagi Raja Lawak musim ke 3 dan membintangi beberapa buah drama terbitan Astro sendiri. Tidak seperti Zizan dan Johan yang telah bergerak secara individu dan berjaya menaikkan nama melalui filem-filem tempatan. Tahniah buat Sepah kerana membawa pulang RM 350k sebagai hadiah tempat pertama.


Johan dan Zizan yang pastinya berjaya memenangi hati peminat dan mendapat undian tertinggi di facebook untuk ramalan yang bakal juara. Namun,rezeki mereka hanya di tempat kedua. Setiap minggu gandingan mantap mereka ini memberi pelbagai idea dalam lawak jenaka ditambah dengan aksi spontan hasil dari pengalaman yang telah mereka kecapi.

Berikut adalah video pusingan kedua iaitu tugasan Muzikal komedi :


Nabil seperti biasa melebihi masa yang diberi untuk komedinya namun kredit perlu diberikan padanya yang berani keseorangan dalam standing komedi.


"sabun dibilik mandi sabun....sabun.....sabun", macam pernah dengar nyanyian ni kan. Yus berjaya mengembalikan semula nostalgia filem lama terutama filem pendekar Do Re Mi, Nujum Pak Belalang dan Ali Baba Bujang Lapok. Penampilan istimewa Zila Bakarin benar-benar menggamatkan suasana. Tahniah buat Jambu kerana berjaya ke peringkat akhir.


Shuib ada skandal dengan Dafi? Tahniah Sepah kerana berjaya membawa lawak keluarga yang benar-benar berjaya.


Ahcai bertemu dengan Mail Lambung diatas pentas dengan susunan lagu yang menarik. Zizan yang memang berbakat dalam nyanyian rap menambah kehebatan gandingan mantap ini. Mungkin satu hari nanti,kedua-dua mereka ini akan mendapat tawaran untuk lakonan teater oleh kerana bakat mereka yang besar.

KK tak berapa minat dengan tambahan beberapa bunyian atau efek bunyi yang tidak sesuai dengan situasi. Apa pun KK berharap yang pihak astro akan meneruskan rancangan Maharaja Lawak yang pastinya mempunyai peminat melebihi dari AF dan mendapat rating yang tinggi. Tahniah buat Astro dan terima kasih pada pihak juri

Saturday 25 June 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011


Keputusan rasmi untuk Maharaja Lawak 2011 :

Tempat Pertama (wang tunai RM 300k + Trofi) - SEPAH
Tempat Kedua (wang tunai RM 250k + Trofi) - JOZAN
Tempat Ketiga (wang tunai RM 150k + Trofi) - NABIL
Tempat Keempat (wang tunai RM 50k + Trofi) - JAMBU

Seperti yang telah dijangka,Sepah akhirnya berjaya memegang takhta kemenangan buat julung kalinya dan dimartabatkan sebagai Maharaja Lawak pertama. Mereka berjaya menewaskan saingan yang paling kuat iaitu kumpulan duo, Jozan. Suasana stadium Melawati, Shah Alam begitu gamat dengan kegembiraan penyokong dan tidak lupa juga titisan air mata dari Siti Sarah yang pastinya terlalu gembira akan kemenangan Shuib iaitu salah seorang ahli kumpulan Sepah. Sejak dari minggu pertama,Sepah berjaya menarik ribuan peminat untuk menonton maharaja lawak dengan gaya dan identiti tersendiri. Dafi AF5 menjadi tetamu jemputan kumpulan Sepah kerana seringkali menjadi sebutan dan bahan lawak. Sepah merupakan pemenang Raja Lawak musim ketiga dengan mengalahkan Jihan serta Amir.


Tidak lupa juga kehebatan Johan dan Zizan yang terkenal dengan trademark 'Mail Lambung' dan 'Ah Cai' yang tentunya mempunyai peminat tersendiri. Lawak era baru yang masih segar dan penuh spontan dari Jozan membuktikan kematangan serta pengalaman yang banyak telah ditimba. Gandingan mantap ini membuktikan lawak muzikal merupakan yang terbaik buat mereka. Zizan, naib juara Raja Lawak pertama pernah bertarung bersama Johan yang mendapat tempat ketiga namun digandingkan sebagai pengacara pada musim berikutnya. Keserasian ini akhirnya membentuk kumpulan Jozan yang cukup hebat dan berani.


Nabil,juara Raja Lawak musim kedua dan pernah digandingan dalam filem bersama pelawak terkenal negara iaitu Saiful Apek hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Namun,pujian harus diberikan kerana beliaulah peserta tunggal bukan berkumpulan yang dapat bertahan hingga ke final. Usaha gigihnya cukup berjaya namun beliau terpaksa akur dengan kehebatan Sepah,juara Raja Lawak musim ke 3 dan dinobatkan sebagai Maharaja Lawak pertama.


Bermula dengan kemenangan Yus sebagai juara Raja Lawak musim pertama, dia digandingkan dengan Tauke yang ketika itu mendapat tempat keempat selepas Zizan dan Johan. Keunikan kumpulan Jambu dapat dilihat dengan pakaian dan prop berwarna merah jambu. Mereka yang lebih cenderung kepada teater berjaya memikat peminat dengan gandingan mantap ini. Setiap minggu akan ada idea-idea lawak baru yang bakal ditonjolkan. Mereka dianggap cukup bernasib baik kerana telah terkeluar di minggu ke 13 namun telah diberi imuniti oleh pihak juri untuk turut sama bertanding dalam final Maharaja Lawak. Tahniah buat gandingan mantap ini walaupun hanya berjaya di tempat keempat namun motonya, "muka legend tapi dalam hati kiut" benar-benar memikat.

Friday 24 June 2011

Lebuhraya LATAR Percuma 2 Bulan


KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

"Sebab itu kita ada rebat atau diskaun (bayaran tol) masa musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina dan sebagainya," katanya ketika merasmikan lebuh raya berkenaan dekat Plaza Tol Rimba Templer di sini.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 33km itu dengan kos RM958 juta dibiayai sepenuhnya oleh KLSEB menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Lebuh raya yang mula dibina sejak Oktober 2008 itu mempunyai tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Assam Jawa, Plaza Tol Kuang Timur/Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer.


KLSEB memegang konsesi lebuh raya berkenaan selama 40 tahun.

Shaziman berkata dengan pembukaan lebuh raya berkena, masa perjalanan dapat dikurangkan dengan memberikan contoh perjalanan dari pekan Ijok ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 30 minit sahaja berbanding sejam setengah sebelum ini.

Beliau berkata, kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya berkenaan dari 2011-2015 ialah bagi kelas satu iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas ialah RM2, kelas dua iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar lima roda atau enam roda kecuali bas ialah RM4.

Bagi kelas tiga iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas dikenakan caj RM6, kelas empat iaitu teksi (RM1) dan kelas lima iaitu bas (RM4), katanya. Shaziman berkata kerajaan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta untuk pengambilalihan tanah untuk projek lebuhraya berkenaan.

Katanya lebuh raya berkenaan merupakan satu daripada projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) iaitu jaringan lebuh raya yang menghubungkan lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara rangkaian KLORR yang telah siap adalah Lebuhraya Corridor Guthrie (CGE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang dan sebahagian Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), katanya.

Katanya, Lebuh Raya Latar turut dihubungkan dengan Lebuh Raya Pantai Barat sepanjang 286km.

"Apabila Lebuhraya Pantai Barat siap sepenuhnya, pengguna akan dapat meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan Changkat Jering di Lebuh Raya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak.

"Laluan ini akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan yang semakin sesak," katanya. - BERNAMA

Thursday 23 June 2011

PD Pantai Maksiat?


PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung. Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta. Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak. Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

Sumber Harian Metro

Wednesday 22 June 2011

Kubu Bawah Tanah Singapura


Pernah tengok tak logo ni di Singapura terutama di stesen-stesen MRT (mass rapid transit) di bawah tanah? Inilah logo SHELTER atau penanda kubu bawah tanah kalis bom yang dicipta khas untuk menangani serangan udara. Program ini diperkenalkan pada tahun 1983 dengan mendua fungsikan stesen-stesen MRT bawah tanah sebagai pusat perlindungan. Pada awalnya ada 9 buah stesen bawah tanah dijadikan kawasan perlindungan dan dilengkapi dinding serta pintu kali s bom yang tahan untuk serangan udara.
Namun kini,dianggarkan lebih dari 500 buah kawasan perlindungan bawah tanah telah dibina yang diselia oleh SCDF (singapore civil defence force) yang berperanan sebagai JPAM (jabatan pertahanan awam Malaysia). Kesemua kawasan perlindungan ini mampu menempatkan lebih 900 ribu penduduk awam. Rakyat Singapura telah dilatih untuk bersedia menghadapi peperangan. Mereka telah diajar untuk berdisiplin untuk memasuki kubu-kubu bawah tanah dan diajar juga cara-cara untuk hidup semasa peperangan melalui buku-buku panduan atau di laman-laman web kerajaan. 


Kerajaan Singapura telah mewujudkan sistem catuan bekalan makanan dan minuman untuk persediaan sekiranya mereka menghadapi peperangan. Sebarang arahan latihan atau peperangan akan disiarkan beberapa saat sahaja di kaca TV melalui SBC (Singapore Broadcasting Corporation). Sejak beberapa tahun kebelakangan ni,kubu-kubu telah diperluaskan ke dalam unit-unit pangsapuri HDB (Housing Development Board). Pembinaan standard untuk HDB perlu mempunyai 3 buah bilik dan 1 stor. Stor inilah yang dibina kukuh dan khas untuk menghadapi serangan bom dari pesawat pejuang yang boleh dijadikan tempat perlindungan. Setiap rakyat Singapura perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 ribu untuk memperkuatkan lagi bilik stor mereka.


Bukan sekadar kubu, bandaraya Singapura dari Woodland hinggalah ke Jurong telah dilengkapi siren untuk serangan udara di beberapa tempat strategik sama seperti di Manila. Siren ini diuji pada hari pertama setiap bulan tepat jam 12 tengah hari. berikut adalah antara signal lain dihantar melalui siren selain dari amaran serangan.

“Alarm” Signal- wailing blasts air raid threat-imminent go to shelter
“All Clear” Signal- continual blast -air raid threat over can leave shelter
“Important Message”-pulsating blast- important broadcast mesg tune into FM radio


KK rasa mungkin boleh diberi pujian kepada kerajaan Singapura sebab telahpun bersedia untuk sebarang kemungkinan. Rakyat boleh berlindung dimana-mana tempat yang mempunyai logo CD SHELTER tidak kira di stesen MRT, sekolah, pejabat atau di kawasan perumahan sendiri. Malaysia pulak bila? 

Kapal Pengangkut Pesawat Pertama China


HONG KONG: Kapal pengangkut pesawat pejuang pertama China - yang diasaskan dari model kapal pengangkut pesawat era Soviet - akan memulakan pelayaran percubaannya minggu depan.
Sebuah akhbar bisnes Hong Kong, yang memecahkan berita mengenai kapal pengangkut pesawat ini telah memetik satu sumber ketenteraan sebagai berkata, pelayaran percubaan itu akan bermula pada 1 Julai depan tetapi tidak akan memasuki perkhidmatan secara rasmi sehingga Oktober ini.
Menurut sumber itu, pelayaran percubaan itu dipercepatkan berikutan ketegangan yang sedang memuncak di Laut China Selatan yang menyaksikan pelbagai negara sedang sibuk menuntut hak ke atas pulau-pulau kecil yang membentuk Kepulauan Paracel dan Spratlys.
Pulau-pulau berkenaan dipercayai sangat kaya dengan sumber minyak dan gas asli.
Kehadiran kapal pengangkut pesawat itu adalah simbol kepada kekuatan ketenteraan yang cuba ditonjolkan oleh China kepada lain-lain negara yang turut menuntut hak ke atas kepulauan berkenaan.
Ia juga menjadi simbol kepada ulang tahun ke-90 Parti Komunis China yang bakal diraikan tahun ini.
Selain China, Filipina dan Vietnam turut membina stesen ketenteraan mereka di kepulauan-kepulauan berkenaan.
Kapal pengangkut pesawat itu pada asalnya dibina untuk armada laut Soviet tetapi projek itu terpaksa dihentikan separuh jalan apabila empayar Kesatuan Soviet musnah pada tahun 1991.

Tuesday 21 June 2011

Sukhoi Su-30MKM Tercanggih Di Dunia


Sukhoi Su-30 (NATO kod = "Flanker-C") merupakan pesawat pejuang yang dimajukan oleh Russia's Sukhoi Aviation Corporation dan mula beroperasi pada tahun 1996. SU-30 merupakan pesawat pejuang air superiority generasi ke 4++(MRCA).

Su-27 dan Su-30MK2 (Indonesia) dibina oleh KNAAPO Corp.

Su-30MKM (Malaysia) pula dibina oleh IRKUT Corp.

Kedua-dua syarikat ini bernaung di bawah payung Sukhoi Groups. KNAAPO merekabentuk pesawat untuk kegunaan negara China dan merupakan versi maritime dengan sistem elektronik yang sederhana. Manakala IRKUT merekabentuk pesawat untuk tugasan jarak jauh dan 'multirole'.

Su-30MKM (Malaysia) merupakan pesawat setanding Su-30MKI (India) dan perbezaan ketara hanyalah sistem avionics (HUD, NAVFLIR, LDP Damocles, MAWS, LWS, BARS NIIP N011M AESA radar, EW system dan OLS) yang dipilih dari pengeluar terbaik dalam kelasnya dari Perancis, Afrika Selatan dan Russia sendiri

Manakala variasi Su-27 dan Su-30MK2 (Indonesia) pula merupakan versi asas untuk komersial namun masih tetap mempunyai taring sebagai pesawat MRCA.


Persenjataan bagi kedua-dua pesawat pejuang milik Indonesia dan Malaysia merangkumi keseluruhan persenjataan Sukhoi (misil dan bom) namun TNI-AU buat masa ini menjuruskan keperluannya terhadap misil dan persenjataan udara ke bumi serta anti kapal. Namun demikian, misil asas udara ke udara turut mereka miliki. TUDM pula menjuruskan terhadap perkara sama memandangkan misil termaju udara ke udara telahpun dimiliki bersama pemilikan Mig-29N.

Perbezaan utama antara dua pesawat ini (MKK/MK2 dan MKM/MKI) ialah pada sistem radarnya. MKK/MK2 menggunakan radar Phazotron NIIP Zhuk MS/MSE, manakala MKI/MKM menggunakan Tikhorimov NIIP N011M Bars.

Zhuk MS/MSE adalah upgrade kepada sistem radar Zhuk-M yang dibina khas untuk MIG-29. ianya diubahsuai sebagai alternatif yang lebih ekonomi bagi SU-27/30. Bagi melengkapi platform Su-27/30, saiz antenna array dinaikkan dari 0.7 meter kepada 0.97 meter. jarak pengesanan ialah 190km untuk sasaran udara dengan RCS 5 meter persegi. bagi sasaran darat, ianya mamapu mengesan sebuah kereta kebal pada jarak 30km dan sebuah jambatan pada jarak 125km. berat radar ialah 255kg.


N011M Bars, adalah sistem yang serba baru direka khas untuk melengkapi pesawat2 generasi 4++ seperti SU-37 terminator. perbandingan N011M bars dan Zhuk MS/MSE adalah seperti membandingkan Mitsubishi LAN EVO dengan Perodua Viva. Sekali pun N011M adalah sistem PESA (Passive Electronically scanned array) namun ianya menghampiri keupayaan sistem AESA. Ini ialah radar pesawat pejuang operational paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Russia. Jarak pengesanan bagi sasaran udara dengan RCS bersaiz 5 meter persegi ialah 350km manakala bagi kereta kebal pula sejauh 50km. kekurangan utama sistem ini ialah beratnya yang melampau iaiatu 680kg.

Kenapa MKM/MKI ada canard dan MKK/MK2 tak ada? salah satu sebab utama ialah berat radar N011M yang melampau. Canard pada MKI/MKM adalah bagi mengimbangi perubahan centre of graviti.


Kenapa Sukhoi Su-30MKM?

Berdasarkan maklumat yang KK perolehi, pada awalnya kerajaan Malaysia ingin membuat pembelian F-16 iaitu jet pejuang moden milik Amerika yang kebanyakannya digunakan oleh negara-negara ASEAN termasuk Singapura ( memiliki lebih dari 400 buah pesawat pejuang pelbagai jenis), Thailand dan Indonesia.

Kerajaan terpaksa membatalkan pembelian apabila kerajaan Amerika tidak membenarkan penjualan misil udara ke udara seperti yang terdapat dalam perjanjian atas desakan kerajaan Singapura (sekutu kuat Amerika). Akhirnya pembelian Sukhoi Su-30MKM yang diinspirasikan dari pesawat sukhoi milik India (Su-30MKI) dimana lebih canggih dari yang dimiliki oleh Rusia sendiri. Sukhoi kepunyaan Malaysia seakan sama dengan milik India cuma beberapa komponen pesawat India adalah buatan Israel manakala Malaysia diperbuat oleh Perancis disamping beberapa sistem lain seperti radar dan avionik yang ternyata berbeza.


Pesawat F-16 Singapura pernah tewas dengan pesawat Sukhoi Su-30MKI milik India dalam latihan ketenteraan yang dinamakan SINDEX 2004. Ini membuktikan kehebatan dan kemampuan pesawat negara kita Su-30MKM berbanding jiran ditambah lagi dengan pakej pembelian misil udara ke udara BVR (beyond visual range) yang ditentang hebat oleh jiran terdekat. Tentera Udara Di Raja Malaysia harus disanjung demi mempertahankan ruang udara negara kita terutama skuadron 11 yang berpengkalan di Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.

Namun,masihkan kerajaan Malaysia berminat untuk membeli pesawat pejuang supersonik F/A-18E/F Super Hornet milik Boeing yang popular digunakan oleh tentera Amerika dan Australia. Kita tunggu dan lihat..

Pesawat Pejuang Singapura Penceroboh


KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya, setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. "Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010). Beliau juga berkata, bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008. – Bernama

Sunday 19 June 2011

Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia

 
KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Zami Ismail (gambar), 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.30 pagi tadi akibat masalah jantung. Jenazah Allahyarham dikatakan akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. 

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya. Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

KK cukup meminati lakonan ayah zami ni. Moga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya dapat menerima ketentuan illahi. Al fatihah

KL Gangster & PEKIDA


KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.
Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.
“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.
“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.
Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster.


Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.

Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.




Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.
Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.


KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.


Berikut ialah kenyataan dari Dato' Yusuf Haslam sendiri :

"Saya tak ada masalah merendahkan diri menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya apa yang telah berlaku menyentuh hati pihak Pekida,"

"Saya tak tahu sangat pasal gelaran dalam Pekida ini, kalau saya tahu, sayalah orang pertama yang akan menapis dan menghalang ia digunakan dalam filem KL Gangster.

"Saya difahamkan ada juga individu yang terlibat dalam filem itu yang juga ahli Pekida, tapi mereka juga tidak membuat teguran semasa penggambaran filem dijalankan,"

Kenyataan Syamsul pula :

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati terutamanya perkara yang membabitkan isu sensitif. Saya akui saya kurang peka kerana tidak pernah terfikir ia menyentuh hati pihak lain.

"Saya berjanji tak akan guna lagi perkataan yang menyentuh hati mereka. Sebenarnya semasa awal-awal isu ini dibangkitkan, saya sudah bersedia meminta maaf kerana saya bukannya berniat untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Bila bapa saya mengaturkan majlis ini, saya sangat bersyukur sebab kalau kita membuat kenyataan demi kenyataan kepada media, saya takut perkara ini akan jadi lebih rumit," 

Sumber dari Harian Metro dan Malaysiakini


KK tak berani nak komen mengenai isu sensitif ni tapi seharusnya diselesaikan dengan cari baik. Filem ni menarik untuk ditonton. KK dengar, filem ni dah mencatat kutipan lebih dari 10 juta. Perghh, memang dah pecahkan rekod filem melayu tempatan la. Tahniah....

Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.

NONELaporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.

Sehubungan itu, Mohd Kamil sebagai plaintif percaya bahawa kenyataan itu menggambarkannya sebagai pengikut Syiah yang menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan darahnya halal dan/atau boleh dibunuh.

Menurutnya, kenyataan Khusrin juga membawa makna plaintif adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya dari ajaran sesat; pengikut ajaran Syiah yang sesat dari ajaran Islam; dan seorang Islam yang tidak beriman dengan kewajipan mengerjakan haji.

NONEKhusrin kini merupakan setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor.

Dalam writ saman itu, Mohd Kamil berkata, penyiaran kenyataan tersebut menyebabnya menanggung malu dan aib yang amat berat dan juga kesengsaraan dari segi maruah, air muka, kredibiliti, karakter dan reputasi.
Tuntut siar maaf 3 hari

Utusan juga didakwa menerbitkan kenyataan itu tanpa usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita dan melariskan akhbar tersebut.
Tindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif.

Sementara JAIS pula didakwa bertanggungjawab atas segala tindakan dan perbuatan yang Khusrin.

Utusan dinamanakan sebagai defendan pertama, Khusrin sebagai defendan kedua dan JAIS pula sebagai defendan ketiga.

Mohd Kamil juga mendakwa telah dua kali menghantar notis meminta defendan-defendan menarik balik tuduhan itu, meminta maaf dan membayar gantirugi.

Sehubungan itu, Mohd Kamil menarik balik tuduhan fitnah dan memohon maaf yang disiarkan di muka hadapan Utusan selama tiga hari dan memberikan gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, kos dan lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.

Mohd Kamil diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin daripada tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Sumber : Malaysiakini

Astro Naik Rege?


Astro All Asia Networks merupakan sebuah syarikat terulung dalam perniagaan media merangkumi perkhidmatan radio komersil dan tv. Ia mula beroperasi pada tahun 1996 sebagai perkhidmatan tv berbayar dan hanya mempunyai 22 saluran sehinggalah kini yang telah berjumlah sekitar 119 saluran tv berbayar merangkumi lebih dari 3 juta pengguna. Anak syarikat Astro iaitu Measat Broadcast Networks Systems pemegang lesen eksklusif untuk penyiaran satelit DTH (direct to home) sehingga tahun 2017. Pada 14 Jun 2010, Astro telah disenaraikan di Bursa Malaysia hasil pengambilalihan oleh Astro Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. Berikut ialah senarai ahli lembaga pengarah dan pengurusan Astro.



DATO' HAJI BADRI HAJI MASRI

Chairman and Non-Executive Director

RALPH MARSHALL
Deputy Chairman/ Group Chief Executive Officer



 DATO' MOHAMED KHADAR MERICAN
Non-Executive Director/ Independent Director

 BERNARD ANTHONY CRAGG
Non-Executive Director/ Independent Director

 CHIN KWAI YOONG
Non-Executive Director/ Independent Director

ROHANA ROZHAN
Chief Executive Officer - MEASAT Broadcast Network Systems

GRANT FERGUSON
Chief Financial Officer - ASTRO

DATO' BORHANUDDIN OSMAN
Executive Director - Airtime Management and Programming Sdn Bhd

ZAINIR AMINULLAH
Executive Director - Astro Entertainment Sdn Bhd

RAGHVENDRA MADHAV
Executive Director - India

KEN WANG
Executive Director - China

LOUIS FOO
General Manager - MEASAT Publications Sdn Bhd

LAKSHMI NADARAJAH
General Counsel - ASTRO
       


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan siaran berbayar, Astro kerana ingin menaikkan yuran pakej antara RM1 sehingga RM15. Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mendakwa bahawa Astro memperolehi keuntungan menjangkau 831 juta setahun. Dari jumlah tersebut, 31 juta merupakan hasil keuntungan dari siaran iklan (sekitar 50 minit) dimana hanya 20% dari minit masa yang dibenarkan kerana pihak Astro dibenarkan menyiarkan iklan sehingga 240 minit bersamaan 4 jam sehari.

Bayangkan sekiranya pihak Astro memenuhi masa siaran iklan yang dibenarkan. Disamping itu,Astro juga mengenakan caj RM20 untuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan nilai yang sama dikenakan sekiranya kita lewat menjelaskan bil sedangkan ia tidak menggunakan sebarang kerja teknikal. Mengikut Seksyen 198 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penyelarasan harga hendaklah selaras dengan prinsip penetapan kadar


Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.

"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad.

"Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Joseph berkata bagi mana-mana perkhidmatan televisyen berbayar termasuk Astro, penetapan kos langganan adalah berdasarkan kos yang ditanggung dalam menyediakan perkhidmatan termasuklah kos pemerolehan dan pembelian kandungan dan hak penyiaran dari pihak ketiga.


Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

"Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais. Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Presiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.

“Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja,” katanya lagi.
George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu.
“Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna. George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah.
Astro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah.


Bagi KK, walau apa pun keputusan yang bakal dibuat oleh pihak Astro, masalah seperti gambar diatas perlu diselesaikan tiapkali hujan rintik-rintik turun. Jangan hanya mengharapkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan penggunanya....

Saturday 18 June 2011

Calon Final Maharaja Lawak



Maharaja Lawak minggu ke 12 telahpun menutup tirai dan pastinya top 4 telah dipilih untuk bertarung diperingkat akhir. Pada awalnya, hanya 3 buah kumpulan dipilih namun buat pertama kalinya pihak juri telah menggunakan immuniti dengan memilih kumpulan Jambu sebagai kumpulan ke 4 ke peringkat akhir. Berita sedih buat kumpulan R2 yang telah berusaha sedaya upaya untuk menempatkan diri ke peringkat akhir tetap kecundang di minggu ini.


Seperti yang telah dijangka, Jozan, Nabil dan kumpulan Sepah pastinya menjadi calon kesukaan untuk ke peringkat akhir. Berikut beberapa sedutan yang diambil dari laman youtube :











Bersamalah kita saksikan siapakah bakal pemenang buat julung kalinya anugerah Maharaja Lawak.




Friday 17 June 2011

Perodua Myvi Elegance 2011


K3-VE, itulah kod enjin yang menjanakan Perodua Myvi sama seperti model awalnya yang dilengkapi dengan DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) yang pastinya terbukti untuk penjimatan minyak  dan DOHC (Double Overhead Cam) untuk peningkatan kuasa serta meminimakan gegaran enjin. Enjin yang cukup mantap ini dilengkapi oleh EFI (Electronic Fuel Injection).


Perodua Myvi Elegance, itulah model terkini bagi perodua yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Ramai yang membuat spekulasi sebelum ini bahawa Myvi baru ini akan dijana enjin Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Namun ia masih mengekalkan ciri enjin lama yang mampu menjana sehingga 90hp (kuasa kuda) @ 6,000 rpm dan tork maksimum sehingga 117Nm @ 4,400 rpm. Rekaan terbarunya yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak.


Dari segi luaran, Perodua Myvi Elegance memang lebih bergaya dan gah dari namanya dimana lampu utama telah dinaiktaraf ke lampu projektor yang pastinya lebih terang dan rekabentuknya lebih sporty. Dibawah bamper pula telah tersedia 'fog lamp' dan cermin pandang sisinya menampilkan ciri teknologi baru apabila boleh dilipat secara elektronik serta lampu untuk membelok.


Menurut pihak Perodua, Myvi model terbaru ini dilengkapi dengan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) di kesemua cerminnya. Ia memberi lebih kenyamanan dan perlindungan dari sinaran UV. Ciri utama yang dijangka menjadi daya penarik utama ialah papa pemuka (dashboard) berwajah baru dengan rekaan lebih menarik disamping penggunaan dua tona warna. Bagi model Elegance ini, sistem audionya telah dinaik taraf dengan dilengkapi panel 6" skrin sesentuh (touch screen panel) untuk kendalian pemain DVD, Blutooth hands free untuk telefon bimbit dan sistem navigasi GPS.


Meter Optitron dengan kesan 3D berwarna biru kehijauan pastinya membuatkan penggunanya teruja. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan beg udara SRS disamping penambahbaikan sistem brek apabila ABS (Anti-Lock Braking System), EBD (Electronic Braking Distribution) dan BA (Braking Assist) membantu apabila anda perlu menghentikan kenderaan secara mengejut tanpa menganggu corak pemanduan cermat.


Perodua Myvi Elegance disediakan dalam 3 pilihan warna iaitu Mystical Purple (metalik), Ebony Black (metalik) dan Ivory White (solid). Jika dilihat pada variasi warna,Mystical Purple pastinya menjadi pilihan utama namun ia hanya dikeluarkan seawal bulan Ogos 2011.


Berikut ialah senarai harga Perodua Myvi 2011 Standard dan Premium -
1) Standard 1.3 SX (M) Solid – RM43,900.00
2) Standard 1.3 SX (M) Metalik – RM44,400.00
3) Standard 1.3 SX (M) Pearl White – RM44,800.00
4) Standard 1.3 EZ (A) Solid – RM46,900.00
5) Standard 1.3 EZ (A) Metalik – RM47,400.00
6) Standard 1.3 EZ (A) Pearl White – RM47,800.00
7) Premium 1.3 SXi (M) Solid – RM46,900.00
8 ) Premium 1.3 SXi (M) Metalik – RM47,400.00
9) Premium 1.3 SXi (M) Pearl White – RM47,800.00
10) Premium 1.3 EZi (A) Solid – RM49,900.00
11) Premium 1.3 EZi (A) Metalik – RM50,400.00
12) Premium 1.3 EZi (A) Pearl White – RM50,800.00














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...